|
|
Wikipedia:Kedai Kopi
Selamat datang ke Kedai Kopi!
laman perhubungan anda dengan komuniti Wikipedia!
“Membawa Wikipedia Bahasa Melayu ke taraf antarabangsa!”
|
|
Laman ini adalah kemudahan kepada pengguna Wikipedia berbincang mengenai Wikipedia serta mencadang, meminda atau memansuhkan polisi melalui proses pengundian. Walau bagaimanapun:
- Untuk komen-komen tentang sesebuah rencana, sila gunakan pautan "Perbincangan" pada laman tersebut.
- Wikipedia bukan tempat untuk mengiklan (iklan akan dipindahkan atau dibuang).
- Wikipedia bukan sebuah syarikat. Penyumbang Wikipedia tidak bekerja untuk Wikipedia. Wikipedia tidak akan membayar gaji anda, sebaliknya sumbangan anda bagi tabung penyelenggaraan amat dihargai.
- Kandungan yang tidak berkaitan akan dipadam.
Prosedur peninggalan pesanan
Untuk memudahkan pembacaan soalan bagi mengemukakan jawapan, tolong:
- Tulis soalan anda selepas sub-tajuk terkini pada laman ini. Jika anda tidak boleh menggunakan pautan itu, sila letakkan soalan anda di bawah halaman ini dan jangan lupa letakkan tajuk dengan menaip " == tajuk == ".
- Tandatangani soalan anda dengan menaip " ~~~~ ".
Catatan: Jika perkara yang anda hendak sampaikan berkenaan hal InterWiki, sila ke Kedutaan.
Lihat juga
Arkib
2004 | 2005 | 2006: Jan, Feb, Mac, Apr, Mei, Jun, Jul, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis | 2007: Jan, Feb, Mac, Apr, Mei, Jun, Julai, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis | 2008: Jan, Feb, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos
|
Kenapa template ni tak berfungsi? ☺ —izzudin 12:49, 1 September 2008 (UTC)
- tak berfungsi? bukanke ia berfungsi lagi?--Adikhebat (bincang) 13:23, 1 September 2008 (UTC)
- Sebab kod dari MediaWiki:Common.js tak berjalan dengan baik. Nanti saya tengok.—Aviator, 13:47, 1 September 2008 (UTC)
- Saya dapati ralat ini berlaku pada semim Firefox shj, IE tidak menunjukkan masalah. Sebab itulah saya cadangkan pembukaan kedai kopi teknikal. — kurkur[binc|sumb] 14:19, 1 September 2008 (UTC)
- OK. Jadi dah pun. Betullah, ada kod yang bermasalah.—Aviator, 20:37, 1 September 2008 (UTC)
-
-
- Maaf ya, Kurnia. Anda pun pernah mengadu masalah ni, tapi saya malas nak jenguk kod v_v.—Aviator, 20:39, 1 September 2008 (UTC)
- Tidak mengapa. Mati-matian saya cari pepijatnya, rupa-rupanya ada kod parasit! Lama tak tengok butang-butang tambahan. Rindu.. haha.. Sekarang saya mahu cuba naik taraf laman penyuntingan. — kurkur[binc|sumb] 01:37, 2 September 2008 (UTC)
[sunting] Padam rencana
Rencana Goh Jun Yan saya calonkan untuk pemadaman. Undian di Wikipedia:Permohonan memadam laman/Goh Jun Yan. ☺ —izzudin 12:54, 1 September 2008 (UTC)
[sunting] Wikipedia:Kedai Kopi (Teknikal)
Saya rasa kita perlu wujudkan sublaman kedai kopi ini. Tujuannya untuk menyelesaikan ralat-ralat yang wujud. Penaiktarafan JavaScript, Css, dsb. Membolehkan pertanyaan khusus berkaitan teknikal dilakukan. Selain itu, membuka mata para pengguna lain mengenai JavaScript. Setakat ini, pengguna yang tahu pengaturcaraan ialah saya (walaupun kurang) dan saudara Aviator. Pengguna lain lebih kepada CSS. Kalau dibandingkan dengan Wikipedia lain, kita ketinggalan dari segi kecanggihan. Sila nyatakan sokongan atau bantahan anda. — kurkur[binc|sumb] 13:02, 1 September 2008 (UTC)
Setuju — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 05:00, 2 September 2008 (UTC)
Setuju - Tebu.an (bincang) 10:48, 2 September 2008 (UTC)
Setuju - Muhraz (bincang) 10:51, 4 September 2008 (UTC)
Berkecuali Ragu-ragu sama ada perubahan ini necessary atau tidak. Lagipun Kedai Kopi belum pernah dipecahkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kalau ramai orang setuju, saya cadangkan nama yang lebih hebat: Wikipedia:Bengkel. Baru teknikal :P. Pengguna boleh berbincang hal-hal teknikal, kemudian setelah sebarang hal dipersetujui, mekanik melakukan pelaksanaanya. —Aviator, 22:57, 2 September 2008 (UTC)
Contoh kedai kopi teknikal yang boleh kita ikutkan ialah di pautan Kedai Kopi Wiki En ini atau Kedai Kopi Wiki Id ini. — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 09:53, 3 September 2008 (UTC)
- Mana boleh anda, Mr Aviator, cadangkan pautan Wikipedia:Bengkel. Kerana pautan yang anda cadangkan itu sudah keluar dari fungsi Wikipedia:Kedai Kopi. Apa yang perlu kita buat, kita cuma letakkan subtopik dalam topik utama. Cth Wikipedia:Kedai Kopi (polisi), Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal), Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan) dan Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain). Barulah tersusun dan logik bahagiannya. Apa macam?? — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 10:13, 3 September 2008 (UTC)
- Menarik juga idea itu.--Kekacang (bincang) 10:18, 3 September 2008 (UTC)
- Mahu buat bahagian lain juga kah? Kalau mahu buat bahagian lain, jangan buat banyak sangat. Ini kerana, jumlah pengguna aktif kita masih kurang. Tiga sudah cukup saya rasa. Bahagian teknikal, polisi dan lain-lain (atau pelbagai...). Faedah pembahagian Kedai Kopi adalah membenarkan sesuatu topik bualan dibincangkan dengan lebih panjang. Selain itu, memudahkan seseorang pengguna mencari bantuan dalam pengkhususan tertentu. Contohnya jika seseorang pengguna mempunyai masalah atau soalan berkaitan teknikal, beliau boleh pergi ke bahagian teknikal dan samada membuat tajuk bualan baru atau mencari perkara yang beliau ingini di dalam tajuk2 perbualan lepas. — kurkur[binc|sumb] 11:41, 3 September 2008 (UTC)
-
- Perbincangan di Kedai Kopi ini pun taklah banyak sangat. Tak berbaloilah kalau dipecahkan kepada kedai-kedai kecil.
-
- Anda tak perasankah, Imran? Sudah ada pun laman perbincangan yang keluar dari Kedai Kopi, iaitu Wikipedia:Permohonan pendapat. Dan saya tengok laman ini tak aktif pun.—Aviator, 12:20, 3 September 2008 (UTC)
- Sebab itulah pecahannya jangan terlalu banyak. Wikipedia:Kembangkan pun mempunyai nasib yang sama. Kedai Kopi (teknikal) ingin diwujudkan kerana ia sesuatu yang penting. Kalau Kedai Kopi (polisi) diwujudkan, saya ragui ianya akan aktif. Kedai Kopi (teknikal) pun mungkin tidak akan begitu aktif, namun, pastinya akan wujud perbincangan di dalamnya. Walaupun dalam sela masa yang mungkin lama. Jika dibandingkan kepentingan bahagian Kedai Kopi ini dengan Wikipedia:Kedai Kopi/Kembangkan (langsung tidak penting) dan Wikipedia:Permohonan pendapat (kadang-kadang berguna), saya rasa bahagian ini lebih penting. — kurkur[binc|sumb] 12:41, 3 September 2008 (UTC)
Kalau tiada bantahan saya boleh mulakan laman tersebut. Saya juga bercadang untuk menggantikan benda jingga di atas itu dengan draf ini. Laman perbincangan biasa dan semua isi kandungan laman sekarang akan dipindahkan ke laman Wikipedia:Kedai kopi (lain-lain). — kurkur[binc|sumb] 16:03, 4 September 2008 (UTC)
- Eh eh eh, kalau boleh pautan Wikipedia:Permohonan pendapat dibuang dan digantikan dengan pautan Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan). Bahagian kedai kopi selanjutnya telah saya buat perubahan draf ujian suntingan kedai kopi di laman pengguna Pengguna:Kurniasan/Kotak pasir. Lihatlah kalau mahu. — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 16:57, 4 September 2008 (UTC)
-
- Ikon-ikonnya nampak cantik.. Haha.. — kurkur[binc|sumb] 17:29, 4 September 2008 (UTC)
-
-
- Pada perbincangan sebelum ini, sebenarnya tiga bahagian kedai kopi tak cukup. Jadi lebih baik lima kerana jika bilangan pengguna aktif semakin bertambah, semakin banyak bahagian diperlukan untuk menampung keperluan ini. Jadi itulah saya tambahkan draf bahagian kedai kopi di laman pengguna Mr Kurniasan dari tiga ke lima semalam, lebih sesuai. — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 04:41, 5 September 2008 (UTC)
[sunting] Apa kene mengenaya Kitab Ilmu Hisab Dengan Wikipedia?
Kenapa wiki bahasaMelayu hanya mempunyai 30,000 articel? Sedangkan sahaja wikipedia bahasa indonesia sudah lewat angka 30,000 ni. Sbb mereka kembangkan ilmu pengetahuan mereka. Kenapa wikipedia bahasa melayu kurang artikel? Pendapat saya, kita cari pengetahuan tak kira dimanasaja ( saya setia hari cuti pergi perpustakaan ), lalu olah ilmu yang kita dapat, dan masukkan ia kedalam wikipedia. Setuju? 161.139.100.98 10:07, 21 Ogos 2008 (UTC)
-
- Sebenarnya kita tidak boleh membanding dengan Indonesia, kerana sebagai negara ke-4 jumlah penduduk tertinggi, jumlah penduduk keseluruhan mereka jauh lebih tinggi. 0.001% menyumbang pun dapat kalahkan .01% penyumbang kita. Selain itu, kebanyakan rencana mereka menumpu kearah bandar dan daerah seluruh dunia. Saya lebih suka menumpu kearah rencana yang mempunyai kandungan membina ilmiah dan membaiki kualiti rencana. Walaubagaimanapun, ini bukanlah pertandingan, dan saya bangga dengan pencapaian Wiki Indonesia. Pada masa yang sama, kita cubalah meningkatkan Wikipedia Bahasa Melayu seupaya kita semua. Yosri (bincang) 10:35, 21 Ogos 2008 (UTC)
-
- Memang sudah masanya kita padankan wiki-bm dengan wiki bahasa lain ( yang jauh lebih tinggi artikelnya dari kita ) ( saya sendiri penyumbang bahasa indonesia ). Muhraz (bincang) 08:09, 22 Ogos 2008 (UTC)
-
- Bagi saya tiada masalah kalau kita padankan cuma kena pastikan semuanya mengikut polisi wikipedia bahasa melayu..Che (bincang) 08:19, 22 Ogos 2008 (UTC)
-
-
- Haaa.. Haaa... Haaa... Silalah. Saya dah terjemah siang malam, kalau ada penyumbang lain yang hendak aktif lagi saya suka. Silakan,... Silakan.... Jangan malu-malu. Yosri (bincang) 10:12, 22 Ogos 2008 (UTC)
-
- Oleh kerana ramai kata boleh banding-bandingkan... jadik dengan ini saya bandingkan Wikipedia MS dengan Wikipedia Nepal. Nepal punya user internet adalah sebanyak 316,800 (1.2% daripada seluruh penduduknya) manakala pengguna internet yang boleh berbahasa Melayu lebih kurang 15,080,029. Mengikut kitab Ilmu Hisab Harun Din Salim Bachik Jilid 2, bermakna rencana dalam Wikipedia Nepal adalah 42 264 manakala Wikipedia MS adalah 30 180. Tahiniah... Tahiniah... ☺ —izzudin 15:39, 22 Ogos 2008 (UTC)
-
-
-
- Borak-borak juga. Buatlah rencana baru. Jangan jadi NATO - No Action Talk Only. Yosri (bincang) 01:08, 23 Ogos 2008 (UTC)
-
- Sebab itulah saya ada cilok artikel wikiIndonesia tapi ditentang pula....Syed Azaharul (bincang) 05:40, 24 Ogos 2008 (UTC)
-
- Kenalah terjemah betul-betul kalau taknak ditentang... ☺ —izzudin 07:20, 25 Ogos 2008 (UTC)
Ape kena mengenanya Wiki bahasa indonesia dengan wiki bahasa nepel? Muhraz (bincang) 05:07, 30 Ogos 2008 (UTC)
Enter bebincang : Apa kene mengenanya ilmu hisab ngan wiki bahasa nepel? Muhraz (bincang) 10:56, 4 September 2008 (UTC)
- Pada pendapat saya, ilmu hisab ialah berkaitan ilmu Islam untuk dikembangkan ke wiki ms dan wiki lain yang kebanyakan pengguna di wiki tersebut beragama Islam. Nak bersamaan ngan bahasa Nepal yang kebanyakannya beragama Buddha, itu langsung takde kena-mengena. — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 14:32, 4 September 2008 (UTC)
[sunting] Rapat umum Pengguna Wikipedia Malaysia
Mahu buat rapat umum? Bagi pengguna-pengguna Wiki ms di Malaysia shj (Aviator tidak dapat lah). Kita buat secara tahunan. Tarikh yang dicadangkan ialah 16 September. Sebab ia merupakan hari jadi Malaysia, dan juga Pendeta Zaaba. Faedah rapat umum saya senaraikan di bawah:
- Merapatkan siraturrahim (spelling)
- Membuka mata rakyat Malaysia tentang kewujudan Wiki Ms
- Mengadakan seminar untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk menyumbang dsb.
Haha, macam perlu banyak duit bukan? Maka, jangan adakannya tahun ini, adakan pada tahun depan. Boleh kumpul duit dan juga merancang aktiviti serta memilih tempat. Cuma cadangan. Tidak semestinya dilakukan dalam masa terdekat ini. Silalah berikan pendapat. — kurkur[binc|sumb] 14:46, 4 September 2008 (UTC)
|